Cinta. Mungkin semua pernah rasakan cinta. Indah pada permulaan. Bila dah break, Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati. Kita mudah jatuh cinta. Masing² hanyut dalam cinta masing². Saling berkasih sayang, bercinta, meluah perasaan dan segalanya. Sama juga dengan aku. Pada mulanya aku dan dia hanya sebagai kawan. Ketika aku berkawan dengannya, dia sedang bercinta dengan seseorang. Bila dia dan pasangan dia ada problem, aku lah antara yang tolong dia dalam fix up hubungan dia dengan pasangannya. Tetapi lama kelamaan hubungan mereka semakin hancur dan last sekali terus break. Dia sedih sebab break. Aku teman dia. Aku nasihat dia. Aku dan dia semakin rapat. Perasaan sebagai kawan bertukar menjadi perasaan yang indah. Cinta. Aku mula jatuh cinta padanya. Tak lama kemudian aku dan dia bercinta. Banyak juga benda yang berlaku selama hubungan aku dan dia. Aku sahaja yang selalu pertahankan hubungan kami. Saat aku dan dia bergaduh, benda yang selalu dia mintak hanya "putus". Perkataan yang paling aku benci. Banyak kali putus, tapi aku selalu mintak get back. Aku bersyukur dia terima. Dia mintak Break, aku mintak Get Back. Break, Getback. Break, Getback. Suatu hari aku gaduh lagi dengan dia atas sebab yang tak berapa munasabah dan ada sikit salah faham. Dia mintak break, aku taknak, aku mintak maaf dia macam nak gila. Dia tetap dengan keputusan dia. Aku tak tahu aku perlu mintak getback balik ke tak. Selama aku dan dia putus, aku cuba fikir balik pasal hubungan kami. Aku baru sedar yang selama ini aku sahaja yang pertahankan hubungan kami, yang dia tahu hanya mintak break. Aku fikir dalam². Aku ambil keputusan untuk tak mintak getback lagi dengan dia. Aku baru sedar yang aku bodoh sangat. Rasa macam terhegeh-hegeh je kat dia sedangkan dia tak sayang aku lagi. Semakin hari semakin boleh aku cuba hidup tanpa sms kat dia or ambil tahu pasal dia. Mula² susah, tapi bila fikirkan balik, aku perlu teruskan. Dan akhirnya aku boleh dianggap macam dah tawar hati. Kalau dulu bila aku dengar ada orang nak tackle dia, aku cemburu gila². Tapi sekarang sikit pon rasa cemburu tak timbul dalam hati aku. Mungkin aku dah berjaya untuk hidup tanpa dia. Hari semakin hari, aku tak tahu kenapa dia tiba² macam nak balik kat aku. Mungkin dia baru sedar dan baru pandai hargai cinta aku selama ni. Tapi aku ambil keputusan. Aku dah letih kejar cinta dia, Biarlah ini jadi pengajaran untuk dia supaya hargai perasaan dan insan yang sangat menyayanginya. Apa nak jadi, jadi lah. Bunga Bukan Sekuntum. Masih terlalu awal untuk aku bercinta. Masih muda. Masih banyak perkara yang harus aku buat selain bercinta or whatever. Aku nak fokus kat belajar aku. Cinta tak bawa kejayaan even berlandaskan keimanan. Yang bawa kejayaan adalah ilmu dan berkat dari Allah Yang Esa. Jika aku bercinta pada usia muda ini, adakah pasti aku akan dapat redha Allah? Tidak sama sekali. Dalam bercinta, banyak perasaan yang harus aku jaga demi menjaga kesucian pasangan. Alhamdulillah aku dapat kawal perasaan aku. Kesimpulannya, jika nak bercinta² lah ketika kita sudah dapat kejayaan atau mampu jaga anak orang dengan menggunakan kemampuan kita sendiri, tak harapkan harta mak bapak. Itu yang terbaik. Cinta pada usia muda takkan bertahan lama. Indah pada permulaan, Kesengsaraan hati menanti di penghujung hubungan. Sekian terima kasih. Saya bercerita dan memberi nasihat mengikut pengalaman sendiri. Assalamualaikum pembaca (^ム^)

No comments:
Post a Comment